0
Your Cart
Group of main sponsorship of Manchester City Malaysia
Chart Organisasi 2025 mancitymalaysia scaled Manchester City Supporters Club Malaysia

we see things they'll never see

Visi

Untuk menjadi kelab penyokong yang utama dalam dunia bola sepak Malaysia

Misi

untuk menjadi sebahagian daripada gerakan yang merayakan esensi semangat sukan, persahabatan, dan perpaduan. tak kira anda berada dia mana, Kelab Penyokong Manchester City menyambut anda dengan tangan terbuka.
Player 02 Manchester City Supporters Club Malaysia

Ucapan Ahli Tertinggi MCSCM

Penaung MCSCM

Tuan Muhtar Suhaili

Muhtar Suhaili 1 Manchester City Supporters Club Malaysia
Assalamulaikum wbt & Salam Sejahtera.

Manchester City merupakan Kelab Bola Sepak yang semakin berjaya dan musim lepas berjaya mencapai kejayaan Treble. Dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai, peminat kelab semakin bertambah di seluruh dunia.

Demikian juga dengan Manchester City Supporters Club Malaysia (MCSCM). Jumlah penyokong semakin bertambah dan program-program yang dianjurkan semakin berkembang sekaligus menjadikan Kelab Penyokong ini antara yang teraktif di Malaysia.

Pihak Kelab mengalu-alukan agar lebih ramai penyokong menyertai kami dalam kesatuan #TheCityzens di Malaysia. Laman-laman sosial dan laman web telah diwujudkan sebagai medium untuk kita semua berkongsi berita pasukan, menghebahkan program dan pelbagai lagi perancangan yang akan dilaksanakan. Semoga visi MCSCM untuk menjadi kelab penyokong yang utama dalam dunia bola sepak Malaysia tercapai. MCSCM juga menjadikan misinya untuk menjadi sebahagian daripada gerakan yang merayakan esensi semangat sukan, persahabatan dan perpaduan di dalam negara ini.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh kepimpinan khususnya Presiden dan semua tenaga penggerak MCSCM di seluruh negara yang telah bertungkus-lumus menghidupkan dan merencana aktiviti Kelab.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum salam sejahtera buat peminat mancity khusus nya di malaysia,

Kami di Mancity Malaysia cukup berbesar hati dan menerima mana2 individu yang menyokong Manchester City untuk turut serta dalam keluarga mancity malaysia ,kami sebagai fans club yang telah lama bertapak dari tahun 2007 dan kini giliran saya sebagai president yang di lantik melalui mesyuarat agung dan undian ahli , jesteru itu saya dengan rendah hati pohon sokongan dan dokongan semua ahli di bawah MCSCM. Untuk kita sama-sama memacu kehadapan dan menjadi ngo fans club ini bukan sekadar minat bola sahaja tetapi lebih dari itu sebagai NGO contoh yang memberi manfaat buat ahli dan secara umum masyarakat

Di sebab kan itu kami sentiasa adakan aktivti kemasyarakatan dan akitiviti ukhwah sesama ahli di seluruh malaysia , tahun musim 2022/2023 menjadi sejarah club apabila club kesayangan kita berjaya meraih gelaran treble dan kita memcecah rekod kehadiran gathering terbesar sebanyak lebih 1k kehadiran satu kejayaan buat semua 🤝, kami di MCSCM tidak mengira latar belakang mahu pun baru sahaja meminati manchester city, kami rai kan yang muda dan menghormati yang senior asal Kan anda memang peminat tegar mancity , besar tapak tangan , niru kami tadah kan Jom sertai keluarga besar mancity malaysia Dan mencipta lembaran sejarah baru buat MCSCM, (manchester city supporters club malaysia)

#oncebluealwaysblue #thepresident

YM Raja Azamnudin Shah Bin Raja Halid Shah

President MCSCM

YM Raja Azamnuddin Shah

President of Mancherster City Malaysia 23
Timbalan President Mancherster City Malaysia 23

Timbalan President MCSCM

Khairul Razali

Kami juga ingin mempromosikan artis-artis tempatan dan selebriti semasa acara serta memperkenalkan produk-produk tempatan ke pasaran luar negara

Kami percaya dalam dunia di mana generasi muda dihormati dan didengar, dan memiliki keupayaan untuk mempengaruhi dan membuat perubahan. Pembelajaran dalam Esports

Jom Kenali Sejarah Penubuhan MCSCM

Timeline Sejarah Penubuhan MCSCM

Kumpulan Peminat Manchester City Malaysia (MCSCM) ialah kelab peminat bola sepak tempatan yang meminati kelab Inggeris, Manchester City yang berpusat di ibu negara Kuala Lumpur & mempunyai cawangan disetiap negerinya iaitu sebanyak 16 cawangan.

Sejarah Penukaran Logo MCSCM

Sejarah Manchester City Supporters Club Malaysia
Logo MCSCM ditukar sebanyak 3 kali, bermula dengan gambar logo Man City lama dan dimasukkan bendera Malaysia, seiring dengan logo ManCity yang berubah, maka MCSCM mengubah juga logonya yang diguna pakai sehingga ke harini

Perlukan bantuan?

boleh hubungi kami dengan klik disini

Citizen's Shop

Showing all 2 results